Search This Blog

Monday, September 1, 2014

Larikan kereta dari bengkel


Dalam kejadian antara jam 12 tengah malam hingga jam 5 pagi itu, penjenayah terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang mengumpil pintu hadapan bengkel sebelum menceroboh masuk dan menggeledah di dalam premis.
Difahamkan, pencuri itu yang dipercayai tidak berpuas hati bertindak melarikan sebuah Perodua Viva bernilai kira-kira RM25,000 milik seorang pelanggan.
Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di Kuantan atas urusan peribadi dan hanya mendapat tahu berhubung perkara itu daripada seorang rakan.
Katanya, sebaik tiba di bengkel, dia terkejut selepas mendapati keadaan dalam premis berselerak sebelum menyedari kehilangan 12 botol minyak hitam berharga RM100 setiap satu, selain pelbagai alat ganti kenderaan berjumlah RM12,000 dan sembilan bateri baru berharga RM200 setiap satu.
“Lebih mengejutkan apabila sebuah Perodua Viva milik pelanggan yang dihantar untuk dibaiki turut hilang.
“Kereta itu baru saja siap dibaiki dan pemiliknya akan mengambilnya beberapa hari saja lagi, namun saya tidak menyangka kejadian ini pula berlaku,” katanya, semalam.
Zulkifli berkata, susulan kejadian, dia membuat laporan di Balai Polis Bentong pada hari sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Foto
BENGKEL milik mangsa yang dipecah masuk.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

No comments:

Post a Comment