Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

Kelentong lelaki tatu 2 tupai


Oleh Asmah Rusman
Gombak: Lagak tidak ubah seperti pegawai polis, namun seorang lelaki bertatu dua tupai didapati menyamar apabila kad kuasa digunakan didapati palsu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, suspek yang berusia 24 tahun ditahan sepasukan anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Selayang di sini.


Sumber polis berkata, suspek yang memandu kereta ditahan dalam keadaan mencurigakan berhampiran lokasi kolam air panas di sini.

“Sebaik ditahan, lelaki itu terus mengaku sebagai pegawai polis.


“Anggota polis URB kemudian memintanya mengemukakan kad kuasa. Apabila diperiksa, kad itu didapati sudah diubah suai dan dipercayai palsu,” katanya.


Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mengesahkan nama individu tertera pada kad kuasa itu juga bukan nama sebenar suspek, tetapi dilekatkan gambarnya.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Selayang di sini, untuk siasatan lanjut. Pemeriksaan pada badan suspek juga menemui tiga MyKad bukan miliknya.

“Suspek juga didapati mempunyai dua tatu tipu pada paha kakinya,” katanya.

Dia berkata, suspek adalah warga tempatan dan berasal dari Bachok, Kelantan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan tangkapan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

No comments:

Post a Comment