Search This Blog

Monday, September 1, 2014

Budak perempuan mati lemas ketika bercuti


PORT DICKSON – Percutian lima sekeluarga ke daerah ini pada cuti hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di Batu 5 di sini semalam.
Mangsa, Go Ai Von, 10, ditemui di dalam kolam renang pada kedalaman 2.7 meter pada pukul 2.30 petang sebelum dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) di sini.
Ibu kanak-kanak perempuan itu, Go Siew Cheng, 45, berkata, dia bersama suami dan tiga anaknya termasuk mangsa tiba di rumah ibu mertuanya di Taman Ria di sini dari Klang, Selangor pada pukul 12 tengah hari semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3C0VKAVX5 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment