Search This Blog

Saturday, September 6, 2014

Banduan sorok dadah dalam kafeteria


Batu Gajah: Cubaan seorang banduan lelaki di Penjara Batu Gajah menyembunyikan dadah jenis heroin seberat 137 gram di kafeteria penjara itu terbongkar selepas tindakannya dikesan pegawai penjara berkenaan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, banduan berusia 29 tahun itu ditahan pegawai penjara selepas didapati memiliki tiga peket plastik lut sinar berisi serbuk dipercayai dadah jenis heroin.

Sumber berkata, siasatan lanjut terhadap suspek yang juga tahanan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) itu membongkar tindakannya menjadikan almari pinggan dalam kafeteria itu sebagai tempat menyimpan dadah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada dadah ditemui itu untuk kegunaan sendiri atau dibekalkan kepada banduan lain serta sejak bila suspek mula menyeludup bekalan dadah itu ke penjara.

Katanya, pengakuan awal suspek dari Taiping itu mendakwa memperoleh bekalan dadah daripada kakitangan penjara, namun beliau enggan mendedahkan identiti kakitangan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan tetapi enggan mengulas lanjut.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/06

No comments:

Post a Comment