Search This Blog

Friday, September 19, 2014

6 kanak-kanak maut ditembak datuknya di pekan kecil AS



TIMBALAN sherif Gilchrist County hadir ke lokasi kejadian berhubung kes maut di pekan kecil di Florida hari ini. Gambar kecil Don Charles Roh. - Foto AP
MIAMI: Seorang lelaki menembak mati anak perempuannya dan enam cucu dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di pekan kecil di Florida hari ini.
Menurut Sherif County Gilchrist, Robert Schultz, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Don Charles Spirit, 51, kemudian menembak mati dirinya sendiri selepas kejadian itu di sebuah pekan kecil Bell.
Schultz dalam sidang medianya berkata, kanak-kanak itu berusia antara tiga bulan dan 10 tahun.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan perempuan yang terbunuh itu adalah ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
Katanya, seorang timbalan sherif bergegas ke lokasi kejadian dan sempat berhubung dengan Spirit namun beliau kemudian membunuh diri.
Schultz berkata, Spirit hanya satu-satunya suspek dan ketika kejadian masih ada beberapa orang yang masih bernyawa di dalam rumah.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan identiti mereka yang maut itu.
Gambar yang disiarkan dalam laman web Gainesville Sun menunjukkan beberapa kenderaan polis berkawal di jalan raya luar bandar itu.
Pekan Bell hanya mempunyai 350 penduduk yang terletak kira-kira 48 kilometer di barat Gainesville. - AP

No comments:

Post a Comment