Search This Blog

Friday, September 19, 2014

10 saat larikan beg di simpang


Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz
Gombak: Dua penjenayah hanya mengambil masa 10 saat untuk melarikan beg tangan seorang wanita selepas memecahkan cermin kereta dinaikinya di persimpangan lampu isyarat di Batu Caves, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa duduk di kerusi penumpang hadapan kereta dipandu rakannya.


Menurut sumber, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki berhenti bersebelahan kereta mangsa di persimpangan lampu isyarat sebelum seorang suspek memecahkan cermin kereta dan melarikan beg tangan ketika mangsa memegang begnya itu.

“Dua suspek dipercayai memecahkan cermin kereta Honda Accord itu menggunakan objek besi dengan hanya satu pukulan sebelum melarikan beg tangan mangsa,” katanya.


Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 30-an mengalami kerugian RM2,000 termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM400.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

No comments:

Post a Comment