Search This Blog

Friday, August 22, 2014

Sapa sebelum tembak


Kajang: Seorang ejen insurans parah selepas ditembak di paha kanan oleh dua lelaki bermotosikal di Jalan 2/13, Seksyen 2, Taman Kajang Utama, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, lelaki berusia 40-an itu dikatakan memberhentikan kenderaannya di bahu jalan untuk menunggu pelanggan di lokasi kejadian sebelum didatangi dua suspek.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa disapa dua lelaki terbabit selepas seorang daripadanya mengetuk cermin kereta mangsa.

“Mangsa tidak mengendahkan perbuatan suspek, bagaimanapun terkejut apabila seorang daripada suspek mengeluarkan sepucuk pistol.
Foto
KERETA mangsa dipercayai diserang dua suspek.

“Suspek kemudian menembak cermin kereta mangsa dan tembakan itu terkena paha mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, kelmarin.

Ab Rashid memberitahu mangsa yang memandu kereta Honda Accord bagaimanapun masih mampu memecut kenderaannya sejauh 200 meter sebelum menuju ke kawasan awam dan mengubungi talian kecemasan 999.

“Siasatan awal mendapati dua suspek itu terus melarikan diri selepas mangsa berjaya menyelamatkan diri dan polis sedang mengenal pasti identiti kedua-dua suspek berdasarkan keterangan yang diberikan mangsa,” katanya.

Menurutnya mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang dan dilaporkan stabil.

Ab Rashid berkata, motif sebenar serangan masih disiasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 yang jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/22

No comments:

Post a Comment