Search This Blog

Wednesday, August 6, 2014

Roboh pepulau


Klang: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang bertindak mendirikan pepulau dan siarkaki di premis masing-masing sekiranya mereka enggan merobohkan binaan itu selepas diberikan notis.
Yang Dipertua MPK Datuk Mohammad Yacob dalam kenyataan dikeluarkannya semalam berkata, kemudahan pepulau dan siarkaki premis perniagaan untuk kegunaan pejalan kaki di hadapan premis. 
“Bagaimanapun, kebanyakan pepulau ini disalahgunakan pemilik premis untuk menjalankan aktiviti perniagaan masing-masing. 

“MPK menerima banyak aduan berkaitan struktur berkenaan antaranya dikatakan menghalang laluan pejalan kaki dan pandangan pemandu yang berada di persimpangan,” katanya.
Foto
STRUKTUR binaan di atas pepulau dalam pembinaan di sebuah premis yang dikenakan tindakan baru-baru ini.

Menurutnya, MPK berhak mengambil tindakan untuk merobohkan mana-mana struktur yang dibina tanpa kelulusan mengikut Seksyen 46 atau Seksyen 69, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

“Kita akan keluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik premis yang dikenal pasti terutamanya di sekitar Bukit Tinggi, dekat sini, untuk membuat perobohan dalam tempoh dua bulan sehingga 30 September depan. 

“Mana-mana premis yang tidak dirobohkan selepas tempoh berkenaan, MPK akan laksanakan tindakan perobohan dengan mengeluarkan Notis Perobohan mengikut Seksyen 46(1) (d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133),” katanya. 

Mohammad turut berkata, tindakan perobohan akan dilaksanakan secara bersepadu membabitkan Jabatan Bangunan, Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasa.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/06

No comments:

Post a Comment