Search This Blog

Wednesday, August 6, 2014

‘Pintu bas Pak Wan terbuka’


Kuantan: “Pak Wan (Wan Mohamed Shah Wan Mohd Ramlee) selalu berpesan kepada saya supaya menutup pintu bas dengan kuat setiap kali memandu kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
“Namun, sebaliknya berlaku apabila dia terbabit kemalangan hingga meragut nyawanya akibat pintu bas tiba-tiba terbuka,” kata rakan sekerja mangsa, Mohd Ali Nor Mohamed, 39. 
Lebih tragis dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, pemandu bas, Wan Mohamed Shah, 58, dari Taman Kempadang Perdana, di sini, maut dalam keadaan mengerikan dengan kepala pecah digilis bas dipandunya di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Kampung Tanjung Lumpur, di sini. 

Ketika kejadian mangsa berseorangan memandu bas milik Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP) dalam perjalanan dari asrama pusat pengajian itu di Kampung Peramu untuk mengambil pelajar di Taman Gelora, di sini.
Foto
BAS Kolej IKIP terbabas dan merempuh deretan kereta di hadapan premis perniagaan.

Namun, ketika tiba di tempat kejadian, pintu pemandu secara tiba-tiba terbuka menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis tayar belakang bas menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, bas terbabit bergerak kira-kira 50 meter tanpa pemandu hingga menghentam tiga kereta, tiang elektrik dan dua kedai membaiki kenderaan sebelum berhenti. 

Mohd Ali berkata, sebelum kejadian mangsa sering berpesan supaya berhati-hati kerana pintu bas itu boleh terbuka sendiri, sekali gus berisiko tercampak keluar. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/06

No comments:

Post a Comment