Search This Blog

Saturday, August 2, 2014

6 pelanggan kafe siber cedera diserang



SHAH ALAM 1 Ogos - Enam lelaki cedera setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan kayu di sebuah kafe siber di Taman Bayu Perdana di sini semalam, dipercayai kerana membalas dendam.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, siasatan mendapati kesemua mangsa berasal dari Sabah dan merupakan pelanggan premis berkenaan.
Katanya, sejurus selepas kejadian, kesemua suspek melarikan diri tanpa mengambil apa-apa barang berharga daripada mangsa.
"Siasatan mendapati kes itu tiada kaitan dengan agama. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihak polis sedang menyiasat kes itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri, di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua enam lelaki yang ditetak itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140802/je_02/6-pelanggan-kafe-siber-cedera-diserang#ixzz39BHT6n8F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment