Search This Blog

Tuesday, July 29, 2014

Van terbabas, wanita Kemboja maut


29 Julai 2014

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Kemboja maut selepas van yang dinaiki bersama lima anggota keluarganya terbabas dan terbalik di Persiaran Kuala Selangor dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata Jamilah Ali, 44, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.  

Beliau berkata dalam insiden pukul 5.40 petang itu, Ford Econovan yang dipandu seorang daripada anak Jamilah dikatakan hilang kawalan mengakibatkan ia terbabas ke sebelah kiri laluan sebelum terbalik.

"Kejadian berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Klang menghala ke Sungai Buloh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azisman juga berkata anggota keluarga Jamilah yang lain, termasuk pemandu dan suaminya yang duduk di bahagian depan van berkenaan, cedera ringan.

Jenazah Jamilah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. - Bernama

No comments:

Post a Comment