Search This Blog

Sunday, July 13, 2014

Tsunami kecil landa Jepun, 1 cedera


TOKYO 12 Julai - Seorang cedera apabila gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter melanda utara Jepun dan mencetuskan tsunami kecil awal pagi ini, namun tiada kerosakan dilaporkan.
Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, gempa bumi tersebut melanda kawasan perairan Fukushima berdekatan loji tenaga nuklear yang lumpuh dalam bencana tsunami pada 2011, kira-kira pukul 4.22 pagi (3.22 pagi waktu Malaysia).
Tsunami setinggi 20 sentimeter melanda kawasan perairan Ishinomaki Ayukawa dan Ofunato kira-kira 50 minit selepas gempa bumi itu berlaku.
Gegaran gempa bumi itu turut dirasai di Tokyo yang terletak kira-kira 250 kilometer dari pusat gempa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140713/lu_09/Tsunami-kecil-landa-Jepun-1-cedera#ixzz37If3m0dF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment