Search This Blog

Wednesday, July 16, 2014

Sahabatku ‘tangan panjang’


Bentong: “Saya tidak sangka lelaki yang dianggap sebagai rakan karib tergamak mencuri telefon bimbit jenama terkenal milik saya sebelum menjual telefon itu di sebuah kedai telekomunikasi di Shah Alam, Selangor,” kata seorang wanita dikenali sebagai Putih, 38.
Menurutnya, dia kerugian RM800 selepas telefon berkenaan dilarikan lelaki berkenaan di sebuah premis urut di Batu 1, Jalan Tras dekat sini, pada 11 Julai lalu. 
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, mangsa yang juga penjaga premis itu menyedari kehilangan telefon bimbitnya selepas berbincang dengan seorang pelanggan di ruang tamu premis. 

Putih yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, ketika kejadian, dia meninggalkan telefon itu di meja kaunter dalam keadaan bateri sedang dicas sebelum pergi melayan pelanggan yang kebetulan datang.
Foto
RAKAMAN kamera litar tertutup selama satu minit menunjukkan seorang pencuri melarikan telefon pintar jenama terkenal.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehilangan telefon pintar itu selepas kembali semula ke meja kaunter sebaik selesai berbincang dengan pelanggan berkenaan.

Dia yang mengesyaki telefon pintar miliknya dicuri kemudian memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan seorang lelaki berdiri di meja kaunter. 

“Rakaman CCTV berdurasi satu minit itu menunjukkan lelaki itu memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan tiada individu lain melihat perbuatannya sebelum mencabut wayar pengecas telefon. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/16

No comments:

Post a Comment