Search This Blog

Saturday, July 5, 2014

Rumah tempatkan 18 pelajar Madrasah Baitil Hamdi musnah dalam kebakaran


05/07/2014 6:07pm

ALOR GAJAH - Sebuah rumah yang menempatkan 18 pelajar perempuan Madrasah Baitil Hamdi di Taboh Naning di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, R. Bajiyen berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.51 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran lima minit kemudian dan api dipadam sepenuhnya pada 2.51 petang.
"Rumah kayu itu musnah kira-kira 80 peratus namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian, pelajar berada di surau berdekatan untuk solat Zohor,” katanya kepada pemberita.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz36adoDkDg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment