Search This Blog

Monday, July 7, 2014

Pengantin baharu dibakar suami

Pengantin baharu  dibakar suamiUnit Forensik PDRM melakukan siasatan di rumah tempat kejadian kes suami membakar isteri di Kampung Abi Batas Paip. - Foto Amran Hamid Cemburu, tuduh isteri ada teman lelaki punca kejadian

Kangar: Seorang wanita yang baharu seminggu bergelar isteri, melecur hampir seluruh badan selepas dibakar suaminya di rumah nenek mereka di Kampung Abi Batas Paip, dekat sini, semalam.

Lebih menyayat hati, kejadian menimpa wanita berasal dari Johor itu betul-betul pada hari jadinya ke-23.

Mangsa yang melecur hampir 85 peratus anggota badan, dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurut nenek suami mangsa, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca daripada sikap cemburu cucunya yang mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki lain.

No comments:

Post a Comment