Search This Blog

Sunday, July 13, 2014

Otak tersembul


Dungun: “Saya menggigil ketakutan apabila melihat otak tersembul di kepalanya,” kata Ramli Omar, 53, yang menyaksikan rakannya maut ditimpa pokok di kawasan pembalakan di Kampung Rantau Panjang, Jerangau, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang, Hamiro Ramli, 33, dari Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan menebang balak apabila tiba-tiba pokok tumbang lalu menghempapnya. 
Ramli yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, ketika kejadian, hanya dia dan mangsa berada di kawasan atas bukit itu, manakala rakan setugas lain bekerja di kawasan bawah bukit.

“Mangsa ketika itu menebang sebatang pokok besar manakala saya berada di atas jentolak dan bersedia menarik pokok ditebang mangsa.
Foto
MAYAT Hamiro di lokasi kejadian.

“Sebaik pokok besar ditebang itu mula tumbang, arwah berlari untuk menjauhkan diri. Bagaimanapun, sebatang pokok berhampiran turut tumbang lalu menimpa mangsa,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, semalam.

Katanya, melihat kejadian itu, dia turun dari jentolak untuk melihat keadaan mangsa, tetapi ketika itu mangsa meninggal dunia dalam keadaan otak tersembul dan patah tangan kanan.

Seorang lagi rakan mangsa, Syukri Yunus, 35, berkata, ketika berehat tengah hari kelmarin, arwah berkelakuan pelik apabila naik ke beberapa kawasan berbukit di tempat kerja untuk mencari isyarat telefon.

“Saya bertanya dia buat apa dan dia jawab mahu cari isyarat telefon kerana teringin benar bercakap dengan isteri dan anaknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/13

No comments:

Post a Comment