Search This Blog

Saturday, July 5, 2014

Mangsa sindiket digesa tampil


Kuala Lumpur: Polis menasihatkan mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa kepada sindiket eksploitasi manusia tampil membuat laporan agar siasatan menyeluruh dapat dijalankan sehingga pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

Gesaan itu disuarakan Penolong Pengarah Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh yang meminta mangsa agar segera membuat laporan polis agar pihak bertanggungjawab dapat diberkas.


Beliau berkata, polis sentiasa menjalankan pemantauan dan risikan dari semasa ke semasa berhubung sindiket berkenaan namun maklumat dan laporan mangsa dilihat mampu membantu siasatan polis seterusnya menjadi satu kelebihan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya mereka ini dihadapkan ke mahkamah.



“Saya minta mereka tampil (buat laporan polis), jangan takut. Sekiranya terdapat laporan, siasatan dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Sekiranya mereka tinggal di mana-mana rumah perlindungan, pusat berkenaan boleh tampil membawa mangsa membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Mohd Zaki sebagai mengulas laporan mengenai dua wanita warga India yang menjadi mangsa eksploitasi manusia apabila mereka mendakwa ditipu oleh agensi pekerjaan yang membawa masuk wanita berkenaan untuk bekerja, namun tidak menerima gaji sehingga hampir sembilan bulan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/05

No comments:

Post a Comment