Search This Blog

Tuesday, July 29, 2014

Kebakaran: Enam treler hampir musnah


29 Julai 2014


BUTTERWORTH - Enam treler hampir musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Taman Ampang Jajar dekat sini lewat malam tadi.
 
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri M. Vijayan berkata Balai Bomba Prai menerima panggilan pada 9.04 malam dan tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.
 
Beliau berkata, sejurus tiba, pihaknya mendapati enam penggerak utama treler terbakar dan anggota bomba cuba mengawal api agar tidak merebak ke treler lain.
 
"Dengan jumlah tiga buah jentera dan 29 anggota bomba dengan bantuan tiga bomba sukarela, kami mengambil masa lima minit untuk mengawal sebelum memadam api sepenuhnya pada 9.40 malam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Vijayan berkata, daripada sejumlah 10 treler yang diparkir di kawasan kejadian, enam terbakar sebanyak 60 peratus.
 
Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat.  - Bernama

No comments:

Post a Comment