Search This Blog

Wednesday, July 9, 2014

Jerat skim pasti untung


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Seorang pembantu kedai emas di Kepong di sini, dikesan licik menipu dan melarikan puluhan jongkong emas bernilai RM200,000 dari ramai mangsa wanita selepas mendakwa boleh menggandakan emas berkenaan.

Suspek yang berusia 30-an itu didakwa menawarkan skim pelaburan ‘pasti untung’ kepada mangsa dengan menjanjikan pulangan jongkong emas dalam tempoh kurang dua bulan.


Sehingga kini suspek sudah menipu lebih 10 pelanggan dalam urusan jual beli jongkong emas sebelum menghilangkan diri.

Salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sherry, 40, berkata dia kerugian jongkong emas bernilai RM15,000 selepas ditipu wanita terbabit pada Mei lalu.


Menurutnya, kejadian bermula apabila dia mengunjungi kedai emas yang beroperasi di Kepong itu untuk membeli jongkong emas.


“Ketika itu saya dilayan seorang wanita yang bekerja di kedai emas itu. Saya menyatakan hasrat untuk membeli jongkong emas dan dia melayan saya dengan cukup mesra.

“Malah dia membantu saya untuk proses membeli satu jongkong emas dengan harga RM15,000. Saya berhajat membeli emas itu untuk simpanan peribadi,” katanya.

Dia yang keluar dari premis itu selepas selesai membeli jongkong emas bagaimanapun dihampiri oleh wanita sama di hadapan kedai berkenaan.

“Wanita itu secara peribadi menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan lebih 100 peratus melalui skim pelaburan emas.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/09

No comments:

Post a Comment