Search This Blog

Friday, July 18, 2014

‘Jemput’ jenazah


Kapar: Belum pun reda kesedihan berikutan pemergian datuk mereka pada 1 Ramadan lalu, tiga beradik kini berdepan ujian lebih getir ketika umat Islam bersiap menyambut lebaran apabila ibu dan bapa tersayang maut dalam kemalangan jalan raya, semalam.
Bapa mereka Mohamad Ujang Jantan, 42, dan ibu Jamilah Iswan, 36, maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung Perodua Viva di Jalan Bukit Cerakah, dekat Puncak Alam, di sini, semalam. 
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing di Bukit Jelutong dan Padang Jawa, Shah Alam. 

Anak sulung pasangan itu, Erin Natasha, 14, berkata, dia mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa ibu dan bapanya jam 10 pagi apabila ibu saudaranya tiba-tiba datang menjemputnya di Sekolah Menengah Jeram.
Foto
ERIN Natasha (tengah) bersama adiknya menatap gambar kenangan perkahwinan ibu bapa mereka.

“Kami baru kehilangan datuk pada 1 Ramadan lalu dan kini kami sekeluarga menempuh hidup dan menyambut Aidilfitri dalam kesedihan apabila kehilangan ibu bapa pula,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/18

No comments:

Post a Comment