Search This Blog

Saturday, July 19, 2014

Gelandangan maut di stesen bas Tapah


19/07/2014 4:17pm

IPOH - Seorang lelaki gelandangan ditemui maut di stesen bas pekan Tapah dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat dibunuh tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa K.Singaram Chetiar, 37, yang beralamat di Pekan Getah, Jalan Tapah ditemui orang awam pada pukul 12 tengah malam.
"Siasatan mendapati selain kesan kelar di leher mangsa, terdapat juga kesan simbahan minyak hitam di bahagian mukanya. Kita percaya mangsa telah dikelar dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, selain itu tidak terdapat sebarang tanda pergelutan di tempat kejadian dan tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.
Mangsa ditemui dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri, katanya.
Som Sak berkata, mangsa sering tidur di sekitar kawasan perhentian bas dan bawah jambatan.
Mangsa juga didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau selain pernah dibuang daerah, katanya.
Beliau berkata, pihak polis telah menangkap tiga orang suspek lelaki berusia antara 36 dan 42 tahun bagi membantu siasatan.
"Ketiga-tiga suspek ditangkap di sekitar Tapah, masing-masing merupakan rakan mangsa dan pengawal keselamatan stesen bas tersebut,” katanya.
Beliau berkata siasatan di tempat kejadian dibantu unit anjing pengesan polis serta unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Mayat mangsa telah dituntut abangnya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tapah, katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0719&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz37vZg7T7X 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment