Search This Blog

Tuesday, July 1, 2014

Dicampak keluar kereta api


Howrah, India: Seorang lagi penumpang kereta api di India cedera parah selepas terjatuh dari kenderaan itu yang sedang bergerak laju di stesen Bagnan semalam.

Penduduk tempatan menuduh insiden itu berlaku apabila pemeriksa tiket menolak wanita terbabit selepas memukul mangsa serta dua lagi rakannya. Berang dengan kejadian itu, penduduk setempat merusuh dan menyerbu stesen kereta api, menyebabkan perkhidmatan di situ tergendala lebih sejam. Kejadian berkenaan berlaku sehari selepas seorang wanita lagi dicampak keluar dari tempat simpanan barang di stesen Eklakhi berhampiran Malda kerana tidak memiliki tiket. Penduduk tempatan mendakwa pemeriksa tiket sengaja menolak Arpita Samanta, 22, keluar dari kereta api. Arpita berasal dari Kampung Parbaharpota Panskura dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kolkata.


Pegawai kereta api setempat pula mendakwa, Arpita nekad melompat keluar untuk mengelak pemeriksaan tiket khas.



Malangnya, dia tidak menyedari platform berada di bahagian lain dan terjatuh di atas trek.


Difahamkan, ada saksi melihat Arpita bertengkar dengan pemeriksa tiket apabila dia gagal menunjukkan tiketnya. “Arpita diminta membayar denda namun mangsa tidak mempunyai wang. “Pemeriksa tiket kemudian bercadang membawa Arpita ke stesen Bagnan,” katanya dalam satu kenyataan. Kata saksi, pemeriksa tiket itu kemudian menolak Arpita ketika kereta api memasuki stesen Bagnan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30

No comments:

Post a Comment