Search This Blog

Monday, July 7, 2014

Cari dalang penceroboh hutan


KAWASAN Hutan Simpan Kekal Lentang di Bentong turut tidak terkecuali daripada aktiviti penggondolan hutan.


KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam mengarahkan semua agensinya untuk bekerjasama bagi mengenal pasti dalang di sebalik aktiviti pencerobohan tanah dan hutan yang berleluasa di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel (gambar kecil) berkata, beliau juga telah mengarahkan pegawai daerah serta pegawai tanah di kawasan berkenaan untuk memberi kerjasama menangani aktiviti pencerobohan tersebut.
Beliau berkata, aktiviti pencerobohan hutan didapati semakin berleluasa hingga menyebabkan kawasan itu menghadapi pelbagai risiko berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0707&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz36jHUlEMV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment