Search This Blog

Monday, July 7, 2014

3 maut bertembung


Gemencheh: Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 36.5 Jalan Tampin-Gemas berhampiran Kampung Tenai, di sini, semalam.
Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu Proton Iswara yang bertembung dengan kereta pasangan terbabit maut ketika dirawat di Hospital Tampin. 
Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pasangan Mahusin Dollah, 51, dan Rahama Mohd Salleh, 57, serta anak mereka Nurasyikin, 18, dalam perjalanan dari rumah mereka di Kajang, Selangor untuk mengunjungi saudara di Segamat, Johor dengan menaiki Proton Satria. 

Sumber polis berkata, setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu Mahusin cuba memotong kenderaan di hadapan, namun tidak berjaya.
Foto
KEADAAN kereta dinaiki Mahusin dan Rahama serta anaknya yang terbabit nahas, semalam.

“Disebabkan itu, kereta dinaiki tiga beranak itu bertembung Proton Iswara yang menghala dari Gemas ke Tampin.

“Suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk hadapan dan meninggal di tempat kejadian berikutan parah di kepala serta badan, manakala Nurasyikin parah dan dibawa ke Hospital Tampin,” katanya. 

Menurut sumber, pemandu Proton Iswara dianggarkan berusia 40-an itu turut meninggal dunia ketika dirawat di hospital disebabkan pendarahan yang banyak. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Abu Umar Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.24 tengah hari dan mendapati keempat-empat mangsa tersepit. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07

No comments:

Post a Comment