Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

1,750,021 masih diburu


Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: Seramai 1,750,021 juta pesalah trafik yang memilik waran tangkap masih menjadi buruan polis trafik walaupun operasi ‘Ops Warta Khas’ sudah jalankan sejak 16 Jun lalu.

Sehingga kini polis hanya berjaya mengesan 16,486 pesalah jalan raya yang mempunyai waran tangkap dalam tempoh 12 hari operasi dilakukan sehingga 27 Jun lalu.


Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, berdasarkan maklumat diperoleh pihaknya mendapati negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dalam jumlah waran tangkap tertunggak.

Menurutnya, sebanyak 441,884 waran tangkap yang masih belum diselesaikan di Selangor diikuti Kuala Lumpur (261,723), Pulau Pinang (215,458), Perak (146,000) dan Negeri Sembilan (108,000).


“Dalam tempoh 12 hari ‘Op Warta Khas’ dijalankan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan dapat menahan dan menyelesaikan sebanyak 16,486 kes waran tangkap saman trafik,” katanya pada sidang media Op Warta Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.


Menurutnya, operasi dijalankan itu menunjukkan peningkatan ketara dari segi jumlah penyelesaian waran tangkap dan saman berbanding tempoh sama sebelum operasi khas berkenaan dijalankan.

Beliau berkata, operasi Op Warta Khas adalah mirip dengan Op Warta yang dimulakan Februari lalu tetapi dijalankan dengan lebih tegas untuk memburu orang kena saman (OKS) yang sudah dikeluarkan waran tangkap.

“Kita tidak menyatakan ini sebagai satu kejayaan tetapi kita dapat lihat peningkatan dalam penyelesaian waran tangkap iaitu kira-kira 60 peratus apabila ia dilaksanakan.

“Baki waran tangkap 1.75 juta dilihat sebagai satu jumlah yang besar,” katanya.

Tambahnya, Op Warta dan Op Warta Khas akan diteruskan memandangkan saman dan waran tangkap sentiasa dikeluarkan oleh mahkamah.

Beliau menjelaskan, tangkapan menerusi Op Warta dan Op Warta Khas dibuat terhadap mereka yang mempunyai saman trafik seperti terbabit kemalangan jalanraya, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/08

No comments:

Post a Comment