Search This Blog

Thursday, June 19, 2014

Warga emas cedera dilibas penyamun


AHLI Dewan Undangan Negeri Penaga, Zain Ahmad menziarahi Rashid Hamid yang cedera di leher akibat dilibas penyamun di Kampung Pasir Gebu, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
KEPALA BATAS 18 Jun - Seorang warga emas cedera selepas dilibas dengan parang oleh seorang suspek yang menyamun rumah jirannya dalam kejadian di Kampung Pasir Gebu, Penaga di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Rashid Hamid, 74, terpaksa menerima 10 jahitan di leher kiri akibat kecederaan yang dialaminya.
Rashid memberitahu sebelum kejadian, dia sedang berbual di luar rumah bersama isterinya, Asiah Aziz, 64, selepas selesai membersihkan kebun sayur.
Menurutnya, kemudian datang seorang lelaki menunggang motosikal lalu memperkenalkan diri sebagai kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pulau Pinang untuk memeriksa meter air di kawasan itu.
Katanya, lelaki itu beredar ke rumah jirannya, Kasmah Omar, 64, kira-kira 50 meter dari rumahnya.
"Curiga dengan gelagat lelaki itu, saya mengekorinya. Apabila sampai, saya terdengar Kasmah menjerit meminta tolong dan melihat lelaki itu berlari ke arah motosikalnya.
"Saya cuba mengambil kunci motosikal untuk menghalangnya melarikan diri kerana mengesyaki dia menyamun Kasmah. Lelaki itu terus melibas parang dan mengenai leher hingga menyebabkan saya terjatuh ke tanah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Rashid, lelaki itu kemudian melarikan diri bersama dua utas rantai leher Kasmah yang dianggarkan bernilai RM20,000.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140619/je_14/Warga-emas-cedera-dilibas-penyamun#ixzz352EXncgX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment