Search This Blog

Thursday, June 19, 2014

Sembilan hilang bot pancung karam


Pelabuhan Klang: Tidak sampai 24 jam selepas bot yang membawa 97 penumpang karam di Perairan Sugai Air Hitam, sebuah lagi bot pancung yang membawa 27 warga Indonesia terbalik dalam kejadian di Beacon Api Gila di perairan Sepang.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu bot berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Pantai Morib ke Tanjung Balai Indonesia.
Menurut Pengarah Operasi Maritim Daerah Klang Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakup, seramai sembilan mangsa masih hilang.

"Dalam kejadian itu, seramai 18 mangsa termasuk 4 wanita berjaya diselamatkan.
Foto
SEORANG mangsa bot karam yang masih selamat dijumpai terapung di 20 kilometer dari Barat Tanjung Sepat. FOTO Sairien Nafis.

"Seorang mangsa turut ditemui dalam keadaan cedera dan operasi mencari mangsa sedang dijalankan," katanya.

Menurutnya, kejadian ini berlaku kira-kira 10 batu nautika dari tempat kejadian semalam dilaporkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

No comments:

Post a Comment