Search This Blog

Saturday, June 21, 2014

Rasuah : Senator Filipina ditahan


MANILA 20 Jun - Seorang senator Filipina yang juga bekas pelakon filem hari ini menjadi ahli politik pertama yang ditahan ekoran skandal rasuah besar-besaran melibatkan wang bernilai berjuta-juta ringgit.
Ramon "Bong" Revilla, 47, merupakan seorang daripada tiga senator yang didakwa dalam kes tersebut dan beliau dilaporkan menyerah diri di mahkamah antirasuah.
Kes tersebut turut melibatkan ramai ahli politik yang didakwa menggelapkan wang projek pembangunan yang telah berlarutan selama beberapa tahun.
Dua lagi senator, Ponce Enrile dan Jose "Jinggoy" Estrada turut dilaporkan bakal berhadapan dengan dakwaan rasuah terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140621/lu_09/Rasuah-Senator-Filipina-ditahan#ixzz35E62J3vv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment