Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

Polis Pulau Pinang rampas kereta curi bernilai RM400,000


Oleh Salman Hamat
Butterworth: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket curi kenderaan hasil serbuan dijalankan di dua bengkel kereta di Bagan Jermal dan Taman Kerapu, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis P Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, kenderaan dirampas membabitkan enam kereta dan sebuah lori dianggarkan bernilai kira-kira RM400,000.



Turut ditahan dalam serbuan sama ialah tiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 40-an dipercayai pemilik dan pekerja bengkel terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A kerana mencuri kenderaan.

"Pemeriksaan dilakukan mendapati tujuh kenderaan sah dicuri dengan dua daripadanya dilaporkan hilang di Kedah dan bakinya di sekitar negeri ini.


"Kami melakukan gerakan susulan untuk mengenalpasti sejauh mana pembabitan individu ditahan selain memeriksa status baki kenderaan berada di dua premis terbabit," katanya.


Thaiveegan berkata, serbuan itu adalah sebahagian daripada Op Cantas khas dilancarkan sejak Ogos tahun lalu dalam usaha menurunkan lagi kadar jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

No comments:

Post a Comment