Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

Mengaku tidak salah dakwaan tipu jual barang lelong


MELAKA 11 Jun - Seorang peniaga kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menipu dalam urusan jual beli barangan lelongan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), lima tahun lalu.
Mohd. Fairuz Fazreen Ahmad, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.
Tertuduh didakwa telah memperdaya Mohd. Nazri Musa, 32, dalam urusan pembelian barangan lelongan JKDM termasuk komputer riba dan telefon bimbit yang tidak wujud.
Tindakan lelaki itu telah mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM500 dan telefon bimbit jenama Nokia di sebuah resort di Melaka pada 19 Mac 2009.
Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM4,000 namun tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan.
Syajaratudur membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan semula kes.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140612/ma_05/Mengaku-tidak-salah-dakwaan-tipu-jual-barang-lelong#ixzz34Nc2KZFM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment