Search This Blog

Wednesday, June 25, 2014

Lelaki tunjuk kemaluan dijel 2 bulan


MELAKA 24 Jun - Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita.
Tertuduh, Md. Jahangir Hossain, 30, yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman turut dikenakan perintah diusir pulang ke negara asalnya selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Md. Jahangir yang bekerja sebagai seorang buruh di sebuah kilang di Ayer Keroh itu didakwa dengan niat curang menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 32 tahun, pada pukul 5.10 petang, 27 Mei lalu di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Ayer Keroh, di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1958.
Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan hukuman ringan namun Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140625/ma_04/Lelaki-tunjuk-kemaluan-dijel-2-bulan#ixzz35bDaSfoi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment