Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

Kandang tertuduh sesak


Port Dickson: Seramai 20 individu termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang ditahan ketika berpesta di sebuah hotel, Sabtu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis ketamine dan kanabis.
Kehadiran tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita berusia 19 hingga 28 tahun itu menyebabkan kandang tertuduh sesak dan sebahagian mereka berdiri di luar ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 
Sejurus pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. 

Bagi pertuduhan pertama, Putera Khairin Syazwan Mohd Latif, 22, Jamal Nasseir Abu Hassan, 22, Tun Zaffiqh Siddique Sabry Sharif, 20, Mohd Razif Osman, 25, Muhammad Amirul Aqily Abu Bakar, 22, Shahrul Nazrin Rashid Abdul Rahsid, 24, Muhammad Zharif Ilmam Ja'afar, 20, dan abangnya, Muhammad Syamim Hafidz, 22, Nur Afiffuddin Mohd Yusof, 22, Norhalis Ahmad, 28, Ahmad Shafiq Ahmad Faris, 24, dan Muhammad Faizal Abu Bakar, 22, didakwa memiliki dadah berbahaya jenis ketamine seberat 1.43 gram di sebuah bilik No 2703, Hotel Grand Lexis, di sini, jam 1.50 pagi, pada 7 Jun lalu.
Foto
SEBAHAGIAN tertuduh terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson, semalam.

Tujuh wanita, Aishah Natasha Muhammad Khairudin, 19, Nur Nabihah Abd Hadi, 21, Nur Fadilah Hamidun, 23, Nur Sarah Aneesa Hisha, Norazlina Saidu, Mimi Syuhaida Mohd Zaki dan Widadtul Khairina Mohamad Kamal, masing-masing berusia 20 tahun turut didakwa atas kesalahan sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, serta dibaca serentak Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/12

No comments:

Post a Comment