Search This Blog

Saturday, June 21, 2014

Guru wanita, murid cedera parah



KEADAAN bas yang membawa rombongan sekolah remuk selepas merempuh sebuah treler di Kilometer 48.2 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Muar, Johor semalam.


MUAR - Keriangan 38 murid bersama empat guru pengiring mereka melawat tempat-tempat menarik selama satu hari di sekitar Kuala Lumpur sejak pagi kelmarin tidak berpanjangan.
Ini apabila enam mangsa termasuk dua murid perempuan tahun satu cedera parah apabila bas rombongan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 48.2, Lebuh Raya Utara-Selatan, laluan Bukit Gambir-Pagoh di sini awal pagi semalam.
Tragedi kemalangan tersebut berlaku ketika rombongan murid Sekolah Kebangsaan Parit Raja, Batu Pahat itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat dekat sini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ketika kejadian pada pukul 1.15 pagi, bas tersebut dipercayai cuba memotong sebuah lori tetapi gagal sebelum merempuh belakang sebuah treler di depannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz35E9wQvOQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment