Search This Blog

Wednesday, June 4, 2014

Guna MyKad orang lain, 22 warga Filipina didenda


NOOR 'AINON MOHAMED YUSOF
4 Jun 2014

MANJUNG - Seramai 22 warga Filipina dikenakan denda RM5,000 selepas didapati bersalah menggunakan kad pengenalan palsu dan menggunakan MyKad milik individu lain di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Kesemua mereka berusia 21 hingga 52 tahun ditahan dalam Ops Bersepadu ID di sebuah kilang di Perlabuhan Lumut pada 22 Mei lalu.

Kesemua tertuduh melalukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Bagaimanapun, Majistret Nurul Asyifa Redzuan memerintahkan mereka dipenjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda itu.

Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran.

No comments:

Post a Comment