Search This Blog

Monday, June 2, 2014

Bapa peluk Islam hilang


Shah Alam: “Walaupun nama saya didaftarkan sebagai Islam namun saya adalah penganut agama Hindu sejak kecil,” kata bakal pengantin, Zarena Abdul Majid, 32, yang ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat maklumat gadis itu mahu melangsungkan perkahwinan tidak sah dengan pasangan berlainan agama pagi semalam.
Majlis perkahwinan itu yang diadakan di sebuah kuil di Jalan SS 1/25 di sini, jam 10.30 pagi itu terpaksa dibatalkan selepas gadis terbabit ditahan pegawai penguat kuasa JAIS untuk siasatan. 
Bagaimanapun suasana majlis terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama ketika siasatan dilakukan pegawai JAIS dibantu anggota polis. 

Zarena kemudian dibawa ke Ibu Pejabat JAIS di sini, pada jam 11 pagi untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan.
Foto
PEGAWAI JAIS berbincang bersama anggota keluarga pengantin perempuan.

Zarena yang ditemui wartawan mendakwa tiada sebarang unsur paksaan dari mana-mana pihak yang mahu dia berkahwin mengikut adat ajaran Hindu kerana dia dan adiknya menganut agama itu hasil didikan ibu yang beragama Hindu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/02

No comments:

Post a Comment