Search This Blog

Thursday, June 19, 2014

17 maut, gudang senjata meletup


BEIJING 18 Jun - Sebanyak 17 anggota tentera maut dalam satu letupan di sebuah gudang senjata tentera yang terletak di Hengyang dalam wilayah Hunan, China, semalam.
Agensi berita Xinhua melaporkan, letupan itu berlaku ketika anggota tentera sedang menyusun bahan letupan di dalam sebuah bangunan.
Punca letupan masih disiasat.
Seorang anggota polis Hengyang, Xiao hari ini mengesahkan kejadian itu dan berkata, tidak ada orang awam yang cedera dalam letupan itu.
Tentera China sering menjalankan operasi secara rahsia dan maklumat tentang kemalangan yang berlaku selalunya dikawal ketat. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140619/lu_07/17-maut-gudang-senjata-meletup#ixzz3528LalOl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment