Search This Blog

Saturday, May 17, 2014

Terkulai tanpa nyawa


Kluang: Kecurigaan seorang wanita terhadap ibu saudaranya yang tidak pulang ke rumah selepas memasak di sebuah restoran di Taman Sri Kluang di sini, tengah hari kelmarin terjawab apabila mendapati wanita itu menjadi mangsa pembunuhan.
Tukang masak warga Indonesia berusia 30 tahun itu ditemui terbaring tidak bernyawa di dapur restoran berkenaan oleh anak saudaranya itu kira-kira jam 1.30 petang dengan kesan kecederaan pada badan. 
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, kebiasaannya mangsa pulang ke rumah sewanya yang terletak berhampiran sebaik menyelesaikan tugasnya di restoran berkenaan. 

Bagaimanapun, katanya, pada hari kejadian mangsa tidak pulang seperti biasa menyebabkan anak saudaranya berusia 20-an membuat keputusan pergi ke restoran tempat ibu saudaranya bekerja bagi mendapatkan kepastian.
Foto
ANGGOTA polis membawa mayat mangsa untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanapun, anak saudara mangsa terkejut apabila menemui wanita itu terbaring di lantai dapur restoran dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum memaklumkan kepada polis.

“Berdasarkan siasatan awal di tempat kejadian mendapati ada kesan kecederaan pada badan mangsa dipercayai dipukul dengan kuat menggunakan objek keras dan tumpul,” katanya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/17

No comments:

Post a Comment