Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Penjenayah parah, isteri cedera



ANGGOTA bomba memeriksa kereta curi yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Paya Kemunting, Jitra, Kedah kelmarin.
ALOR SETAR 11 Mei - Seorang penjenayah cedera parah manakala isterinya cedera ringan setelah kereta yang dicuri mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Paya Kemunting, Jitra di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek dan isterinya dipercayai sedang menghala ke Jitra, selepas mencuri kereta Toyota Vios milik seorang peniaga di Kuala Kedah.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohamed Yusoff berkata, namun setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu suspek terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
“Berikutan itu, suspek dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala isterinya cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan pesakit luar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Ibrahim, kes kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala bagi kes curi kereta tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.
Sementara itu, pemilik kereta tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Lim, 35, berkata, dia menyedari kehilangan keretanya yang diletakkan di belakang kedai runcit miliknya, berhampiran Jeti Kuala Kedah kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.
“Selepas sedar kereta saya hilang, saya membuat laporan di Balai Polis Kuala Kedah dan laporan kedua pada pukul 12 tengah hari di IPD Kota Setar," jelasnya.
Lim berkata, dia kemudian dihubungi seorang rakannya yang mengatakan keretanya terbabit dalam satu kemalangan yang melibatkan pasangan suami isteri berusia 20-an.
“Kawan saya beritahu kemalangan itu tersebar dalam laman Facebook," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140512/je_01/Penjenayah-parah-isteri-cedera#ixzz31RnY83UG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment