Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Libya: 36 terkorban dalam kejadian bot karam


TRIPOLI 12 Mei - Sekurang-kurangnya 36 pendatang asing tanpa izin terkorban manakala 42 lagi dilaporkan hilang, selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Libya, Selasa lalu.
Jurucakap tentera laut, Kolonel Ayub Kassem berkata, bot berkenaan dipercayai karam kira-kira 60 kilometer di timur Tripoli.
"Kami berjaya menyelamatkan 52 pendatang asing dari pelbagai negara. Setakat ini 36 mayat berjaya ditemui dengan 24 daripadanya ditemui hari ini," jelas Ayub. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140512/lu_03/Libya-36-terkorban-dalam-kejadian-bot-karam#ixzz31RoIMU7X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment