Search This Blog

Monday, May 12, 2014

Empat penjenayah berputih mata


KUALA LUMPUR 11 Mei - Empat penjenayah berputih mata apabila mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berdekatan Masjid Bandar Baru Sentul di sini yang dipecahkan, tidak mengan­dungi wang dalam kejadian samun awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu, suspek bertindak memecahkan mesin terbabit dengan menggunakan mesin pemotong oxy-acetylene dan kemudian membakarnya selepas mendapati ATM terbabit tidak mempunyai wang.
Ketua Polis Daerah Sen­tul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika mengesahkan kejadian itu berkata, siasatan mendapati suspek menaiki kereta jenis Proton Saga yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Polis masih memburu suspek dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan," katanya sambil memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, pihak bank mengesahkan tiada wang dilarikan suspek kerana ATM tersebut te­lah dikosongkan sejak 24 April lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140512/je_08/Empat-penjenayah-berputih-mata#ixzz31RqLNkuH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment