Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Wanita suspek dalang pengeboman ditahan


Chiang Mai: Seorang wanita tempatan yang dikehendaki polis berhubung kes pengeboman sebuah apartmen di Nonthaburi pada 2010, semalam ditahan untuk satu lagi kes di daerah Min Buri, Bangkok pada 29 Mac lalu.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Thailand, Jen Aek Angsananont, Amporn Jaikorn ditahan di rumahnya di Hang Dong kelmarin. “Polis kini memberi fokus menyiasat kemungkinan pembabitan Amporn dalam pengeboman di Min Buri. “Polis yakin pihak yang sama bertanggungjawab dalam pengeboman di Saman Metta Mansion turut mendalangi pengeboman di Min Buri,” katanya.


Dalam kejadian 29 Mac lalu, dua lelaki maut apabila bom buatan sendiri yang disembunyikan dalam sebuah motosikal meletup di tempat letak kenderaan.



Pada waktu itu, Aek mendedahkan ia angkara kumpulan pengganas.


Polis kemudiannya menggeledah rumah berhampiran dan menemui peralatan membuat bom di situ.


Rumah itu dimiliki oleh ketua kumpulan berkenaan, Kasi Ditthanarat, katanya.

Waran tangkap dikeluarkan untuk menahan Kasi bagi membantu siasatan.


Dia antara 120 orang yang disyaki terbabit dalam pengeboman hujung bulan lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

No comments:

Post a Comment