Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Rancang bunuh kekasih guna ricin


29 April 2014

Rancang bunuh kekasih guna ricin
Rancang bunuh kekasih guna ricin Pihak berkuasa menggeledah kediaman Rhoads di Oklahoma.



SEORANG lelaki di Oklahoma, Amerika Syarikat didakwa cuba membunuh kekasihnya yang sedang hamil dengan racun ricin selepas menonton rancangan televisyen, Breaking Bad.

Memetik laporan DailyMail, Preston Rhoads, 30, ditahan tanpa dibenarkan ikat jamin selepas rakan subahatnya bertindak melaporkan perkara itu kepada polis.

Menurut rakannya, dia mula berubah fikiran selepas Rhoads mendedahkan rancangan jahatnya untuk membunuh bayi di dalam kandungan teman wanitanya.

Kedua-dua mereka bertemu pada 9 April lalu dan Rhoads memaklumkan, dia mengekstrak bahan beracun tersebut dari kacang kastor selepas memuat turun panduan secara manual dari internet.

Dia meminta rakannya supaya menyamar sebagai penghantar piza dan mencampurkan racun ricin tersebut di dalam soda selain menaburkannya di atas piza.

"Rhoads juga tidak kisah jika racun tersebut membunuh teman wanitanya," menurut rakannya.

Pihak berkuasa lengkap mengenakan sut hazmat bertindak menggeledah kediaman Rhoads, 17 April lalu selepas rakannya mengkhianati rancangan mereka,

Difahamkan, insiden tersebut telah mendorong Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyertai siasatan terbabit kerana penggunaan racun ricin dianggap sebagai salah satu senjata biologi.

Rhoads kini berhadapan dua pertuduhan cubaan membunuh.

No comments:

Post a Comment