Search This Blog

Tuesday, April 29, 2014

Penjenayah maut ketika ceroboh firma guaman


SHAH ALAM 28 April - Seorang penjenayah menemui ajal setelah mengalami pendarahan serius di kaki kanannya ketika cuba memecahkan pintu kaca sebuah firma guaman di SS2, Petaling Jaya, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek berusia 40 tahun dan merupakan warga tempatan dikesan cuba memecah masuk pintu premis berkenaan dipercayai dengan menendangnya.
"Suspek bagaimanapun cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Polis menerima panggilan pada pukul 4.15 pagi daripada orang awam mengenai kejadian tersebut.
"Premis itu tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) untuk dijadikan rujukan polis," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140429/je_01/Penjenayah-maut-ketika-ceroboh-firma-guaman#ixzz30DpKx5bX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment