Search This Blog

Tuesday, April 15, 2014

12 ditahan bantu siasatan kes kematian buruh


KUANTAN 14 April - Polis menahan 12 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang buruh membina jalan raya di rumahnya di Perumahan Rumah Murah Sungai Kerpan, Kuala Lipis semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata, kumpulan tersebut dipercayai mendatangi rumah K. Panaselvam, 50, kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum berlaku pergaduhan dan mangsa diserang dengan kayu.
Beliau berkata mangsa yang cedera parah di kepala dan badan kemudiannya dibawa keluarganya ke Hospital Kuala Lipis sebelum dirujuk ke Hospital Temerloh.
``Bagaimanapun mangsa disahkan mati pada jam 8.30 malam tadi,'' katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata sebelum kejadian, anak perempuan mangsa turut menghubungi pihak polis mengenai sekumpulan lelaki datang ke rumahnya dan membuat bising.
Ketibaan pihak polis menyebabkan kumpulan terbabit beredar dari situ, katanya.
``Dipercayai kumpulan itu datang semula ke rumah mangsa selepas pihak polis beredar dan tercetus pergaduhan antara mereka dengan mangsa,'' tambahnya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140414/je_12/12-ditahan-bantu-siasatan-kes-kematian-buruh#ixzz2yvOo9adm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment