Search This Blog

Sunday, March 23, 2014

Rampasan RM15,400

Rampasan  RM15,400
Abdul Rosik (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan barang tiruan yang dirampas dalam operasi di Batu Feringgi pada sidang media, semalam. - Foto Muhammad Mikail Ong 
KPDNKK Pulau Pinang sita barang tiruan dalam operasi kali ke-3 ketiga

Georgetown: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri merampas barang tiruan bernilai kira-kira RM15,400 dalam operasi di Batu Feringghi di sini, malam kelmarin.

Operasi Membanteras Barangan Cetak Rompak dan Barang Tiruan membabitkan rampasan berjumlah 2,040 unit cakera padat, 60 unit pakaian sukan dan 24 unit beg tangan itu adalah kali ketiga bagi tahun ini.


Ketua Pegawai Penguat kuasa negeri, Abdul Rosik Yakub, berkata rampasan membabitkan pakaian sukan berjenama antarabangsa dan dipercayai jersi pasukan yang beraksi dalam Piala Dunia tahun ini.

Gerai dimiliki warga asing

“Gerai berkenaan dimiliki lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30 tahun dan dia dibebaskan selepas rakaman percakapan diambil untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Abdul Rosik berkata, rampasan beg tangan pula membabitkan jenama ‘Chanel’ serta ‘Louis Vutton’.
Beliau berkata, wakil syarikat jenama terbabit akan dipanggil untuk mengesahkan produk tiruan yang dijual menggunakan jenama syarikat itu sebelum tindakan diambil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Label Cakera Optik 2010 yang jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment