Search This Blog

Tuesday, March 25, 2014

Dakwaan intip, Huawei kutuk NSA


BEIJING 24 Mac - Syarikat telekomunikasi China termasuk syarikat gergasi Internet, Huawei, mengutuk Agensi Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat (AS) selepas laporan mendedahkan agensi itu mengintip jaringan syarikat-syarikat berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Akhbar The New York Times dan Der Spiegel kelmarin melaporkan, NSA mengakses arkib e-mel Huawei, komunikasi pegawai kanan syarikat tersebut dan kod sumber rahsia beberapa produk.
Naib Presiden Hubungan Antarabangsa Huawei, Roland Sladek berkata, syarikatnya mengutuk aktiviti NSA itu.
Laporan berkenaan adalah berasaskan dokumen yang diberikan oleh bekas kontraktor keselamatan AS, Edward Snowden. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140325/lu_05/Dakwaan-intip-Huawei-kutuk-NSA#ixzz2wvRmdabc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment