Search This Blog

Wednesday, February 12, 2014

Tauke dadah Iran dicekup



NOOR RASHID (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian peralatan memproses dadah dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam. Tiga lelaki yang bertopeng ialah anggota polis pasukan Sting.


KUALA LUMPUR - Seorang tauke dadah warga Iran yang pernah diberkas berkaitan kes dadah sebelum ini diberkas lagi minggu lalu bersama 10 ahli sindiketnya kerana disyaki menjalankan aktiviti memproses dadah di rumah-rumah di sekitar Lembah Klang.
Berikutan penahanan 11 orang itu dalam tiga serbuan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting), polis merampas pelbagai jenis dadah yang kesemuanya bernilai RM3 juta.
Sting yang ditubuh khas pada 30 Januari lalu diberi peranan khas untuk melakukan risikan dan menangani jenayah berkaitan dadah di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, lelaki Iran yang berusia 30-an dan menjadi ketua sindiket itu pernah ditahan sebelum ini namun tidak dapat disabitkan kerana tiada bukti kukuh.
"Mulanya polis menahan seorang lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Maluri, Kepong pukul 1.15 pagi 6 Februari," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2t3IQOJlU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment