Search This Blog

Saturday, February 8, 2014

Tangan putus dilibas parang sendiri ketika tuntut hutang


KOTA SAMARAHAN – Dua lelaki ditimpa nasib malang ketika mahu menuntut hutang di sebuah rumah di Sadong Jaya di sini apabila salah seorang daripada mereka putus pergelangan tangan kiri selepas terkena libasan parang sendiri.
Mangsa yang dikenali sebagai Zainal, 27, bersama seorang lagi rakannya telah pergi ke rumah terbabit di Kampung Pelanduk Laut di sini sekitar pukul 6.30 petang.
Menurut sumber, mangsa dan rakannya itu yang dalam keadaan mabuk mahu mengamuk di rumah berkenaan dengan sebilah parang.
Bagaimanapun, mangsa berjaya dipujuk oleh tuan rumah yang dikenali sebagai Mayling, 48, bagi menyerahkan parang tersebut kepadanya.
“Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah dirampas.
“Tetapi, semasa mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tersebut bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus ketika dia cuba mengelak,” kata sumber berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2sh5iDYW2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment