Search This Blog

Monday, February 10, 2014

Saksi kes tembak diminta tampil


Melaka: Polis meminta lebih ramai saksi tampil membantu siasatan dalam kes seorang anggotanya menembak mati lelaki yang dikatakan menyerang polis dan mengancam keselamatan awam dalam satu kejadian di Machap Baru, Alor Gajah, di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, setakat ini dua saksi awam tampil memberi keterangan dan mahu lebih ramai saksi memberi kerjasama bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan secara terperinci.


Dalam pada itu, beliau meminta orang awam agar tidak membuat andaian serta rumusan sendiri, berkaitan kes 7 Februari lalu, selagi belum tamat proses siasatan.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307, cubaan membunuh.


Beliau ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen selepas perhimpunan bulanan, di sini sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

No comments:

Post a Comment