Search This Blog

Saturday, February 8, 2014

Penyeludup dadah bebas penjara, diberi parol


2014/02/08
Penyeludup dadah bebas penjara, diberi parol
Penyeludup dadah bebas penjara, diberi parol

BALI: Penyeludup dadah warga Australia, Schapelle Corby (gambar), akan dibebaskan daripada penjara di pulau peranginan terkenal itu selepas sembilan tahun, apabila Menteri Kehakiman Indonesia, Amir Syamsuddin, semalam mengumumkan beliau diberikan parol.

“Corby ialah seorang daripada 1,291 banduan yang permohonan parolnya diproses. Saya tidak mahu bercakap mengenai Schapelle semata-mata. Apa yang saya mahu tegaskan di sini parol ini bukan satu dasar, bukan kemurahan hati kerajaan, atau kementerian, ia adalah undang-undang yang dikawal dan diwartakan kerajaan.


“Disebabkan itu, kami, saya sendiri sebagai menteri, akan menegakkan undang-undang dan negara kita ada kedaulatannya. Kita menegakkan undang-undang tanpa melihat siapa yang terbabit. Sekali lagi, jangan paksa saya mengulanginya, kita ada maruah, ada undang-undang di negara ini. Kami tidak mahukan populariti dan tidak takut kepada kritikan. Cukup,” katanya kepada wartawan di Jakarta.
Parol ini bukan satu dasar, bukan kemurahan hati kerajaan, atau kementerian, ia adalah undang-undang yang dikawal dan diwartakan kerajaan” Amir Syamsuddin, Menteri Kehakiman Indonesia

Corby dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun pada 2005 selepas ejen kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Nugurah Rai di Bali menemui 4.1 kilogram ganja dalam beg papan luncurnya. Penafian konsisten beliau mengetahui mengenai dadah itu gagal mempengaruhi hakim yang mengendalikan perbicaraan awal dan rayuannya.

Di Bali, ramai wartawan Australia berkumpul di luar penjara Kerobokan semalam ketika saudara perempuan Corby, Mercedes, tiba untuk bertemu dengan pegawai. Syarat parol wanita berusia 36 tahun itu adalah beliau perlu tinggal di Bali bersama saudara perempuannya itu sehingga 2017.

Kira-kira 60 wartawan, jurukamera dan jurugambar berada di luar penjara semalam, menurut wartawan AFP di situ. Rangkaian Channel Seven dilaporkan menghantar paling ramai krew ke Bali, dengan 17 staf dihantar dari Australia dan tujuh lagi kakitangan tempatan.

Sidang akhbar di Jakarta, bagaimanapun, tertangguh selama sejam. - Agensi

No comments:

Post a Comment